Sunday, 29 January 2012

Ibu Mertuaku

Slm. Tiga hari  lepas saya dan keluarga  menjemput ibu mertuaku untuk duduk di rumah kami, yang kebetulan pula,dua orang  anak saya sedang bercuti. Bagi saya inilah masanya utk anak dan cucu  mengingati jasa jasanya menjaga, mengasuh mereka dulu. Nak hantar kepada orang, emak tak setuju sebab emak boleh jaga katanya, lagipun tak ada apa yang hendak dibuat  di rumah katanya. kalau jaga cucu sekurang2nya ada juga menghayun buaian, exercercise juga tu.....saya suka menceritakan kepada anak- anak betapa susah payah opahnya menjaga mereka, sepatutyalah mereka pula menjaga opah yang dah umurnya 90 tahun kalau taksilap. saya suka mengingatkan kisah- kisah silam, supaya anak2 sentiasa menyayangi opah......kalau nak balik ke kempus  kalau tak ada urusan lain yang tak dapat dielakkan saya suka mengingatkan mereka agar pergi  menjenguk opahnya tak kira di mana dia berada, samada di rumah anaknya di Ipoh, sri Iskandar, atau lain2.
Terasa insaf, bila mengenangkan emak seorang yang kuat ingatan masa saya baru berumahtangga dan duduk serumah dengannya. emak seorang yang rajin dan memang  mengharapkan anak dan cucunya sentiasa berada di sisinya. untung juga bermenantukan orang di sekitar daerah ini juga, Ldenagr kabarnye atas ambor Kiri, lambor kanan, Kg. Kuchai., Bota Kanan. yang  jauh sikitnye orang KK dan Ipoh. dengar kabanya itu atas permintaan bonda sendiri, anak2 pun pun akur dengan permintaannya...anak emak.....
Kesia dengan keadaan emak sekarang. Ingatan nya dah jauh sagat berbeza dengan dulu- dulu. Kadang-kadang dia flash back yang dulu2, dia merasakan anak cucunya masih kecik2 lagi dan sentiasa  risau kut anak cucunya dicolek , dilarikan orang dan sebagainya. . Saya disampig mengingatkan anak2, mmengingatkan diri sendiri juga. membayangkan macamaa jika Allah panjangkan umur kita sepertinya.
Emak alhamdulillah.....walupun dah lupa2, tapi solatnya sentiasa dijaganya, selalu bertanyakan  dah masuk waktu ke belum. bukan macam kita yang muda 2 ni, sengaja melambat2kan waktu kerna urusan dunia yang terlalu sibuk sekarang. Emak merasakan masanya banyak terluang, hingga merasakan sekian lamanya menunggu masuknya waktu zohor, asar, hinggakan kadang2 belum masuk waktu lagi dia dah sembahyang kerana terlalu merisaukan dan ambil berat tentang solatnya.
saya juga merasakan ibu meruaku itu seperti ibu sendiri. dalam hukum agama pun menyatakan dosa pahalanya seperti ibu bapa kandung, apatah lagi ibu bapaku dah lama pergi ........ semoga ro mereka sentiasa dicucuri rahmat......    
di ruag yang sempit ini, saya mengajak anak2, suami dan siapa - siapa odeon yang terbaca supaya mengambil berat tentang sakit demamnya, bertanya kabar, menjengahnya dan menjadualkan masa untuk menziarahi  emak. mmasih ada emak buatlah kebajkan seberapa yang boleh nak membalasnya mungkin tak mampu, buatlah seberapa daya. Kepada  kawan2 marilah kita cuba mendekatkan diri kita dengan ibu mertua......kalau panjang umur, kita juga akan menjadi ibu mertua he...he......Insya Allah ....

1 comment: