Wednesday 28 March 2012

Siri Kisah Benar

Sementara suami  Nor, memberitahu ibunya, perut Nor terasa sakit, memulas2. Bila suami Nor pulang, diikuti dengan ibu mertuanya yang memang ambil berat tentang anak menantunya, Nor mengadu sakit perut yang amat sangat. Suami Nor mengangkat nor ke tandas, rupa2nya Nor sakit perut ceret beret yang tak pernah Nor rasai selama ini. Cairan2 yang terlalu banyak keluar, membuatkan Nor lemah, suami tersayang memangku Nor ke atas katil, Nor kelihatan terlalu lemah , bibir nor terlalu pucat, lesu, Nor tidak larat untuk mencelikkan matanya, hanya sayup2 kedengaran suara ibu mertuanya, suami dan rakan yang datang menjengah......memanggil nama Nor.....

Berulangkali Nor sakit perut memulas2, keadaan kesihatan Nor mencemaskan.  Pada sebelah malamnya, selepas waktu isya', suami Nor memanggil abangnya di masjid yang berhampiran untuk mengangkat Nor ke kereta untuk mendapatkan  pemmeriksaan lanjut.....di hospital yang berdekatan. Si comel ditimggalkan  pada nenek yang sedia untuk memeliharanya, sementara ibunya mendapat rawatan.

Saturday 24 March 2012

Siri Kisah Benar

Nor berasa hairan, biasanya, selepas bersalin, Nor boleh membantu jiran2 sebelah katil, atau  penghuni ward itu dgn membancuhkan susu baby, bg ibu2 yg baru keluar dari labour  room, tapi Nor sentiasa pening, dfan tak larat untuk bangun apatahlagi nak membantu orang lain.

Jururawat pun tidak menjengah dan bertanya kaba....nasibla emak Nor ada  pada  masa itu, tapi apalah yang dapat dibuatnya, dia pun dah agak uzur.....Pada sebelah petangnya, suami Nor datang dengan dua orang  anak . Bukannya dia tak mau nak datang selalu, keana memandangkan penjagaan  dan urusan di rumah, ituila pun Nor bersyukur, ibu mertuanya  sentiasa membantu...

Setelah dibuat pemeriksaan, anak dan ibu, dikataka sihat, walaupun Nor mengadu  sentiasa rasa pening, ia dibekalkan juga panadol, Nor dan anak dibenarkan pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah,  Nor berasa badannya semakin llemmah, pening  dikepalanya tidak berkurangan......hampir seminggu Nor menahan rasa pening...., bbadan Nor semaki lemah...Perubahan ketara , pada diri Nor, bila nak mengaangkat anak  kecilnya untuk disusui, Nor tak boleh bangun, Nor cuba merangkak untuk mendapatkan anaknya,

Suami Nor sudah mula menjalankan tugas2nya di pejabat setelah mendapat cuti isteri bersalin. Bila suaminya balik, Nor minta anak kecilnya  itu untuk disusui, suaminya hairan kenapa di jarak yang tidak  berapa jauh,  Nor tidak mengangkat si kecil yang comel itu...Suaminya prasangka terhadap Nor, merasakan Nor sengaja bergurau, Bila Nor cuba nak bangun, kaki Nor lemah, Nor rebah serta merta,  suami Nor terkeju bila melihat keadaan Nor sedemikian....rupa - rupanya Nor seolah - olah lumpuh separuh badan...Suami Nor bergegas memberitahu ibunya tentang diri Nor.

Thursday 15 March 2012

Kisah benar 4

Kali ini, Nor mengandung agak kerap. Anak kedua baru menjangkau 1 tahun 3 bulan, Nor, mengandung lagi....
Mengandung kali nin, Nor merasakan lain daripada anak anak yang sebelumnya. Nor teringin nak memakan buah pulasan. Jenuh mencari, Biras nor hanya dapat pulasan yang masih muda,....Nor bersyukur...akhirya  dapat pulasan di seberang Perak, Kebetulan jiran yang mendapat Tanah rancangan bekas Perajurit , mempunyai buah pilasan yang sedang masak ranum, Nor makan pulasa itu dengan sepuas2nya.
Nor teringin pula nak makan  minyak ketiau. Sebelum ini, Nor pernah dan selalu makan minyak ketiau dengan nasi...sedap  dan lazat....disamping mempunyai kelebihannya tertentu.Malangnya bila Nor mengidamkan minyak ketiau, pada ketika itu, paya2 tempat tumbunya buah2 ketiau semakin kurang. ini adalah kerana kesan2 pembangunan.....
Nor mengadu pada abangnya untuk mencari minyak ketiau....melecor2 air liornya ....Rezeki Nor, minyak ketiau hanya dapat di Pulau Tiga......harganya mahal....RM16 hanya sebotol air badak sahaja, bagi Nor, harga tak kira asalkan dapat yang dihajat... Nor makan minyak ketiau dengan nasi panas2, memang sedap.....
seperti anak kedua kawan Nor menyarankan memakan OBIMIN...untuk kesihata ibu lebih lagi untuk anak dalam kandungan...Anak pertama  Nor bersalin secara "VACUUM' sbb dah agak hampir lemas, Nor menangis kerna anak orang lain menangis ketika lahir, tetapi anaknya tidak....tapi alhamdulillah...selamat. Anak kedua lahir secara biasa, tapi Nor rasa satu kepuasan sbb terasa munculya....
kali ini Nor terasa sakit untuk bersalin, tetapi tidak menyedari kelahirannya  dan tidak perlu dijahit dan sebagainya. bila Nor bertanya kepada  bidan, "(Nak jahit apa, baby dah keluar,") katanya sambil tersenyum
Nyaris2 Nor tidak melahirkan anak pada tahun lompat, nasib baik melepasi sejam dua puluh minit, pada 29 march, kalu tidak anaknya akan menyambut hari jadinya empat tahun sekali...
Jururawat menyuntik Nor pada 1.20 pagi di hospital yang berdekatan selepas bersalin. Nor rasa pening, tapi jururawat tidak kelihatan, selepas dihantar kewad, mungkin jururawat keletihan kerna pada sebelah siangnya mereka mengadakan hari keluarga......Kepala Nor terasa pening, sehinggalah bila dibenarkan pulang.

Kisah Benar 3

Nor, mengandung lagi setelah umur anak pertama  3 tahun, tp pernah mengalami keguguran kerna sensitif  dgn sesuatu makanan. apabila merasaka perubahan hormon, rasa loya2, Nor terus buat kad mengandung dkat klinik berhampiran. Jururawat bertanya samada dah buat pengesahan mengandung, Nor senyum saja, bg Nor dia merasakan dirinya mengandung dan terasa sedikit alahan. Nor pergi menemui mak bidan kampung, bila dirasanya perut Nor, Mak Bidan mepembantu Jururawanyatakan Nor tak mengandung, dmana dia tak merasa apa2 ketulan walau sebesar telur ayam, Nor pulang, dan dia yakin benar2 mengandung.
kandungannya semakin membesar dan mula bergerak2. Nor mengidamkan buah kedondong atau buah amrah, Seorang  pembantu Jururawat, tolong mencarikan buah tersebut, kerna bukan musim berbuahnya ....
Nor, bersyukur kerna dpt buah yang di idam2kan,dan berjanji akan memulangkan ( mengaku anak angkat)  Nor menjanjikan jika anak ini perempuan akan diberikan (dipulangkan sebagai anak angkat).Kebetulan pula kak Sal hanya mempunyai dua orang anak lelaki..
.Setiap kali mengandung, Nor berkenan kepada oarang2 yang hidupnya Islamic. kak Sal memang baik, lemah lembut dan berilimu agama orangnya. Itulah harapan Nor agar anaknya yang akan bakal lahir nanti akan menjadi seorang yang baik, dan menjadi anak yang solleh...
Apa yang nak Nor kongsikan di sini ialah bukan semua teori doktor itu benar, (pada peringkat awal mengandung doktor menyatakan Nor tidak mengandung walaupun dgn menggunakan UPT ( Uren Pregnant Test) selalunya tepat, tetapi sebaliknya...
Selepas bersalin, Nor membawa anaknya berjumpa doktor Jamal yang memeriksanya dulu....kata  Nor, " doktor!, inila   baby yg doktor katakan saya tidak mengandung dulu...1" Doktor terseyum, sambil menyatakan  "1 dlm 1000"  katanya......

Wednesday 14 March 2012

Kisah benar 2

satu lagi ragam Nor, suka kepada orang orang yang berilmu (alim) kata orang kampung. Nor berhasrat supaya anaknya akan menjadi orang baik2 , anak solleh disamping Nor juga rajin solat lima waktu dan mengaji al Qur'an (bertadarus).
Nor suka kepada seorang lelaki yang lemah lembut, iaitu abag saudaranya, sukakan tingkahlakunya, sewaktu aruah ibu meninggal , dia mengaji.....membuatkan hati Nor tertarik untuk memulangkannya atau  mengakukan anak yang bakal dilahirkan menjadi anak angkatnya, Diceritakan kepada bapa Nor, bapa Nor faham dan anak Nor dipulangkan kepadanya dan keluarga....... disamping mengeratkan tali sillaturrahim hingga keharai ini, sekali sekali bertanya kabar walaupun berjajuhan iaitu di Johor Baharu...

Kisah Benar

Seorang ibu bernama, Nor. menceritakan pengalamannya semasa mengandungkan ke empat2 orang anaknya,dari mula mengandung hinggalah ia melahirkan.....Anak pertama, tidaklah bnyak masalah seperti orang lain jugalah....berkebetulan pula pada ketika itu,  Nor masih berkursus  KDC  di IPSI, Tg malim, Perak. Semasa kuliah, pensyarah2 banyaklah  berkongsi  pengalaman, disamping  ilmu2 Pedagogi, Ustad2 Pensyarah juga sering mengingatkan bagi bakal2 ibu, atau ibu2 hendaklah sentiasa menjaga keribadian.....mulia, lemah lembut, rajin, pendekata mempraktikkan nilai - nilai murni dalam kehidupan.
Apa yang anihnya, semasa mengandung, Nor , pada peringkat awalnya Nor tidak tahu, ia mengandung, tapi bila dia terlalu inginkan nangka goreng yang sedang dimakan oleh anak saudara suaminya, malangnya mereka hendak pergi ke rumah mak , cuaca kurang baik, hanya bermotosikal sahaja pada ketika itu.
Sebelah malamnya, Nor tak lena tidur sebab teringatkan  goreng nangka yang belum pernah didengar apatah lagi, memakannya.....esuknya, bila nak pergi bertugas, masalah yang dihadapi, Nor terasa nak buang air kecil berulangkali, terpaksalah singgah 3 buah rumah walaupun tidak dikenali..
Di Maktab, kawan2 selalu bercerita fasal ragam orang mengandung, macam2 kerenah yang diceritakan, nak makan itu, nak makan ini, Nor mengharap janghanlah dia termasuk dalam golongan ini, nanti menyusahkan banyak pihak, fikir Nor.  Malngnya bila terdengar cerita orang yang mengidam Sang Kancil, Nor tersentak, apatahlagi kawan2 menyatakan sang kancil binatang cerdik, nanti anak akan cerdik macam kancil.
Nor cuba menepis2,supaya tidak teringin  sang kancil kerna sukar untuk dicari. Pada ketika itu, Nor dah mengandung 4 bulan, disim[pan keinginannya hingga kandungan berusia 6 bulan, mahu tak mahu Nor terpaksa menyuarakan keinginannya pada suami tersayang.
suami Nor menceritkan kepad bapa nor, apalagi, operasi memburu kancil dimulakan, kebetulan pula abang nor memang suka memburu, masuk hutan menembak ayam hutan burung punai dll.Alhamduliilah....dapatlah seekor kancil, dibuat rendang pedas dapat sekuali besar, puas hati Nor dapat apa yang diidam - idamkan.

Senam robik 4dlm satu

Slm. Baru2 ni, saya cuba join kump. senamrobik rang muda..sblum tu servey dulu, kut rancak sngt x larat dah umur cam skrg ni....kaki pernah cedere, bahu sakit, tapak kaki pun sakit....kate deme x pe ikut mane yg mampu, tp malu gak...janji berpeluh kut badan boleh sihat, fit,...disamping tu dpt eratkan sillaturrahi antara jiran2 wanita, dpt info yg baik2, dpt iarah jiran blik umrah, dpt minum air am2, makan kurma nabi, kcg cerdik, yg seronoknye dpt tasbih meghelit...lg, alhamdulilllah.....
Smln pergi rumah kwn yg baru blik operation payu dara, kesian.....sblh ptgnye g ke Hospital Manjong, jiran , rakan sejawat, sdare lg, masuk CCU, same2le kita berdoa' agar Ustazah Siti Aisyah sihat sejahtera, kepada suami dan anak2nye bersabarlah dgn ujian Illahi....
Satu lg smlm dpt info resepi sos cau ketiew....maghrib td try buat alhamdulilll\ah...sedap dan jimat ...esuk nak buat lagi .....