Friday, 20 January 2012

Lega tak ambil cuti sakit....

Slm, kali ini saya nak  kongsikan betapa seronoknya tak jadi cuti sakit. Minggu lepas, temujanji ambil darah, semalam, janji temu  jumpa doktor,  staff nurse kesian tengok saya yang tak berapa larat, demam, selsema, dan batuk yang amat sangat , memecah kesunyian di klinik. Keputusan darah minggu lepas, kolesterol agak tinggi, memang ye kerana kesibukan , kesempatan utk exercise tu amat kurang, walaupun kurang menggoreng , apatahlagi jika keropok pun sudah habis. Doktor beri cuti, pada ketika tu, pul 10.30 pg, saya terus menuju ke rumah utk bercuti  dan cuba menalipon pejabat sekolah, tapi, bila sampai di pintu paga, hati saya terdetik untuk terus ke sekolah, nasi yang di beli, kerana semalaman saya disyaratkan berpuasa. saya makan kat kantin sekolah. Pada pukul 11.15, saya ke Pejabat Sekolah melaporkan kembalinya saya, dan seterusnya saya masuk kelas. Saya tersenyum sendiri, kerana telah berjaya daripada cuti sakit kerana ia amat merugikan saya  dan anak2 murid. anak saya  ada Tution pd hari itu, dan mesyuarat HEM dan KOKU pada pukul 2.15 petang , berakhir lebih kurang pukul 4.30ptg. Kalau saya  saya duk kat rumah tadi, telan ubat selsema dan ubat batuk...alamat  tidur sepanjang hari......saya dalam kerugian

No comments:

Post a Comment