Wednesday, 14 March 2012

Kisah Benar

Seorang ibu bernama, Nor. menceritakan pengalamannya semasa mengandungkan ke empat2 orang anaknya,dari mula mengandung hinggalah ia melahirkan.....Anak pertama, tidaklah bnyak masalah seperti orang lain jugalah....berkebetulan pula pada ketika itu,  Nor masih berkursus  KDC  di IPSI, Tg malim, Perak. Semasa kuliah, pensyarah2 banyaklah  berkongsi  pengalaman, disamping  ilmu2 Pedagogi, Ustad2 Pensyarah juga sering mengingatkan bagi bakal2 ibu, atau ibu2 hendaklah sentiasa menjaga keribadian.....mulia, lemah lembut, rajin, pendekata mempraktikkan nilai - nilai murni dalam kehidupan.
Apa yang anihnya, semasa mengandung, Nor , pada peringkat awalnya Nor tidak tahu, ia mengandung, tapi bila dia terlalu inginkan nangka goreng yang sedang dimakan oleh anak saudara suaminya, malangnya mereka hendak pergi ke rumah mak , cuaca kurang baik, hanya bermotosikal sahaja pada ketika itu.
Sebelah malamnya, Nor tak lena tidur sebab teringatkan  goreng nangka yang belum pernah didengar apatah lagi, memakannya.....esuknya, bila nak pergi bertugas, masalah yang dihadapi, Nor terasa nak buang air kecil berulangkali, terpaksalah singgah 3 buah rumah walaupun tidak dikenali..
Di Maktab, kawan2 selalu bercerita fasal ragam orang mengandung, macam2 kerenah yang diceritakan, nak makan itu, nak makan ini, Nor mengharap janghanlah dia termasuk dalam golongan ini, nanti menyusahkan banyak pihak, fikir Nor.  Malngnya bila terdengar cerita orang yang mengidam Sang Kancil, Nor tersentak, apatahlagi kawan2 menyatakan sang kancil binatang cerdik, nanti anak akan cerdik macam kancil.
Nor cuba menepis2,supaya tidak teringin  sang kancil kerna sukar untuk dicari. Pada ketika itu, Nor dah mengandung 4 bulan, disim[pan keinginannya hingga kandungan berusia 6 bulan, mahu tak mahu Nor terpaksa menyuarakan keinginannya pada suami tersayang.
suami Nor menceritkan kepad bapa nor, apalagi, operasi memburu kancil dimulakan, kebetulan pula abang nor memang suka memburu, masuk hutan menembak ayam hutan burung punai dll.Alhamduliilah....dapatlah seekor kancil, dibuat rendang pedas dapat sekuali besar, puas hati Nor dapat apa yang diidam - idamkan.

No comments:

Post a Comment