Kali ini, Nor mengandung agak kerap. Anak kedua baru menjangkau 1 tahun 3 bulan, Nor, mengandung lagi....
Mengandung kali nin, Nor merasakan lain daripada anak anak yang sebelumnya. Nor teringin nak memakan buah pulasan. Jenuh mencari, Biras nor hanya dapat pulasan yang masih muda,....Nor bersyukur...akhirya dapat pulasan di seberang Perak, Kebetulan jiran yang mendapat Tanah rancangan bekas Perajurit , mempunyai buah pilasan yang sedang masak ranum, Nor makan pulasa itu dengan sepuas2nya.
Nor teringin pula nak makan minyak ketiau. Sebelum ini, Nor pernah dan selalu makan minyak ketiau dengan nasi...sedap dan lazat....disamping mempunyai kelebihannya tertentu.Malangnya bila Nor mengidamkan minyak ketiau, pada ketika itu, paya2 tempat tumbunya buah2 ketiau semakin kurang. ini adalah kerana kesan2 pembangunan.....
Nor mengadu pada abangnya untuk mencari minyak ketiau....melecor2 air liornya ....Rezeki Nor, minyak ketiau hanya dapat di Pulau Tiga......harganya mahal....RM16 hanya sebotol air badak sahaja, bagi Nor, harga tak kira asalkan dapat yang dihajat... Nor makan minyak ketiau dengan nasi panas2, memang sedap.....
seperti anak kedua kawan Nor menyarankan memakan OBIMIN...untuk kesihata ibu lebih lagi untuk anak dalam kandungan...Anak pertama Nor bersalin secara "VACUUM' sbb dah agak hampir lemas, Nor menangis kerna anak orang lain menangis ketika lahir, tetapi anaknya tidak....tapi alhamdulillah...selamat. Anak kedua lahir secara biasa, tapi Nor rasa satu kepuasan sbb terasa munculya....
kali ini Nor terasa sakit untuk bersalin, tetapi tidak menyedari kelahirannya dan tidak perlu dijahit dan sebagainya. bila Nor bertanya kepada bidan, "(Nak jahit apa, baby dah keluar,") katanya sambil tersenyum
Nyaris2 Nor tidak melahirkan anak pada tahun lompat, nasib baik melepasi sejam dua puluh minit, pada 29 march, kalu tidak anaknya akan menyambut hari jadinya empat tahun sekali...
Jururawat menyuntik Nor pada 1.20 pagi di hospital yang berdekatan selepas bersalin. Nor rasa pening, tapi jururawat tidak kelihatan, selepas dihantar kewad, mungkin jururawat keletihan kerna pada sebelah siangnya mereka mengadakan hari keluarga......Kepala Nor terasa pening, sehinggalah bila dibenarkan pulang.
AsSalam. Ada lg ke minyak ketior. Teringin nak cuba.
ReplyDeleteKlu ada bgtau teringin lama dah xdpt
ReplyDelete