Sementara suami Nor, memberitahu ibunya, perut Nor terasa sakit, memulas2. Bila suami Nor pulang, diikuti dengan ibu mertuanya yang memang ambil berat tentang anak menantunya, Nor mengadu sakit perut yang amat sangat. Suami Nor mengangkat nor ke tandas, rupa2nya Nor sakit perut ceret beret yang tak pernah Nor rasai selama ini. Cairan2 yang terlalu banyak keluar, membuatkan Nor lemah, suami tersayang memangku Nor ke atas katil, Nor kelihatan terlalu lemah , bibir nor terlalu pucat, lesu, Nor tidak larat untuk mencelikkan matanya, hanya sayup2 kedengaran suara ibu mertuanya, suami dan rakan yang datang menjengah......memanggil nama Nor.....
Berulangkali Nor sakit perut memulas2, keadaan kesihatan Nor mencemaskan. Pada sebelah malamnya, selepas waktu isya', suami Nor memanggil abangnya di masjid yang berhampiran untuk mengangkat Nor ke kereta untuk mendapatkan pemmeriksaan lanjut.....di hospital yang berdekatan. Si comel ditimggalkan pada nenek yang sedia untuk memeliharanya, sementara ibunya mendapat rawatan.
No comments:
Post a Comment