Slm. Sudah agak lama saya tak menulis, bukan tak ada yang nak di ceritakan, banyak , tp kekangan masa membuatkan mmasa utk menulis agak terhad. 1M1S, KOKU, mesyuarat AJK PIBG, le membawa kapada keletihan , selepas Isya' mata pun dah x boleh tahan. Smlm g Kolej Profesional MARA ada motivasi pembersi Jiwa, ikut jiran disamping menemaninya sbb waktu mlm, habis 11.00 mlm 0leh Dr .....sorry x tau, rasa termotivasi jugalah......antaranya jgn minum air mineral yang bertutup biru, membaca tandatangan seseorang.....bnyk lagila......khas untuk Pensyarah dan staff KPM je.....saya sorang je tumpang......
Oh ye!sekejap ari ni kami bergotong royong bersama ibu - ibu anak2 istimewa PPKI Bote. ....rehat sekejap Azan Isya' ye belaja2 sembahyang on time......jgn melewat2kan sembahyang, terdpt siksaan di dunia, siksaan dalam kubur.....di akhirat... kata Tok2 Guru....Nauzubillahimanza....lik
Okey kite sambung balik, siksa di dunia antaranya ialam disempitkan rezeki, tidak mendapat keberkata umur, sewaktu nak mati.....klu silap tolong perbetulkan saya hamba Allah yang serba kekurangan ilmu,.....
Syukur, Alhamdulillah....gotong royong hari ini menyeronokkan, kerana tempat rehat dan taman bunga semakin menampakkan keceriaannya, semoga dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid terutamanya dalam P&P . Penat bekerja tak terasa sebab, ari ni Pekan sabtu kat Bote Kanan, saya sarankan bawak makanan alla Qadar, sikit sorang...apallagi.....pebagai jenis kuih dapat dirasa, ada lemang, lepat ubi lopeh sagu, apam warna warni, apam balik....Cikgu Fazilah bwk bihun, sedap bihunnye, saya dadih je, berperisa vanilla.....sedap bg yang suka.....Di sinilah menampakkan , apa yang penting? .....Kerjasama....Anak 2 juga sibuk membantu ada yang menyangkul tanah, mengisi tanah, menanam pokok bunga , menyiram pokok dll. Penat lelah ibu bapa, guru2 mendidik anak2 ini, terserlah...anak2 boleh membantu tanpa disuruh2, contohnya mengangkat dan mengubah pasu pasu bunga, menyimpan semula alat - alatan membuang sampah2 ke dlm tong sampah, pendekata objektif kami guru2 tercapai terutamanya dlm Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan Dalam subjek Pengurusan Tingkahlaku. Alhamdulillah....bagi yang bermurah hati menghadiahkan sekaki payung besar, untuk satu set meja (Pengerusi Persatuan Permuafakatan PPKI SK Bota Kanan) PIBG SK Bota Kanan, sekaki payung untuk tempat berehat, saya mewakili PPKI mengucapkan jutaan terima kasih, semoga murah rezeki.
No comments:
Post a Comment