Friday, 10 February 2012

Seronoknya mendidik anak2 istimmewa.

hari ini saya mengajar anak2  ini doa' belajar dan doa' hendak makan secara formal, biasanya mereka mendengar dan ikut2 saja murid2 lain. Kelas ini, kelas yg dikategorikan utk kelas paling bawah dan dari pelbagai ragam dan tahap. Bila saya perdengarkan bacaan doa'  saya minta seorang murid berdoa' rupa2nya Syahir boleh membaca lancar, dan saya minta Ikhwan pula, walaupun  dia tidak boleh berkata dgn jelas, (sengau, atau suara dalam) tapi saya dengar dan tahu Ikhwan boleh membaca doa' tersebut.
Saya minta seorang murid HYPER, namanya Fareez, sekarang nia dia boleh duduk lama di bangkunya, menadah tangan, mengikut bacaan doa' saya (dengan caranya sendiri) dan mengaminkan doa' Hati saya begitu terhibur dan berasa puas, camne ade setengah pihak menyatakan budak2 seperti ini tak perlu diajar, takkan bolehnya....saya teringat pada thn 2000 sewaktu berkursus dmpik, Cheras, En Aziz jantan yang sekaang ni dah DR, dia berkata, klu tak kita mendidik mereka, siapa lagi.....Katanya lagi mereka yang merempat di jalanan, distesen2 bas seolah ollah orang kuranng siuman(gila) sebelumnya adalah kerana mereka tidak mendapat perhatian ibubapa, keluarga dan masyarakat. dari kata2 spt inilah terletaknya satu keinsafan dan ingin saya mempejuangkan hidup masa deppan mereka

No comments:

Post a Comment