Wednesday, 8 February 2012

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Hari ini saya ingin menceritakan apa yang  tersirat dan tersurat  dalam diri  saya. Saya mengajar dlm PPKI sejak 1999 lagi. dari situlah saya sangat terikat dengan PPKI. Sikit2  PPKI. Macam orang Bisness klu dlm zhulian, herbal life, Amway, contohnya, kemana2 dlm meeting selalu disebut dan diingat dalam kepala, barulah bisness boleh maju. Begitulah dengan saya, rasanya  1/3 dlm kehidupan, adalah dgn PPKI. Saya sentiasa memikirkan camne nak majukan, nak cemerlangkan PPKI tempat saya mengajar khasnya.
Memandangkan PPKI SK Bota Kanan, serba kekurangan, tiada bangunan sendiri, hanya menumpang bangunan usang, itulah yang saya nak cuba majukan. Murid semakin bertambah, maklumlah SK  Bota Kanan, strateji, center, dengan kg yg berdekatan. Walaupun saya bukan GB, bukan juga PK, hanya  penyelaras yang tak berbeza dgn guru2 lain, tp saya sentiasa memikirkan camne nak dapatkan keselesaan bg murid dan guru2 PPKI.

Dari satu Kelas dipecah menjadi 2 kelas, di situlah tempat duduk guru, nak letak beg, komputer, meja guru, saya cuba mendapatkan stor PJ yang bersebelahan, Alatan PJ, banyak, dptkan kerjasama Guru Panatia PJ, EN Rodzi bin Osman, alhamdulillah dpt 1/3 dari bahagian setor PJ setelah di susun elok2. Barulah dpt lega sikit, bolehlah dijadikan  tempat operasi guru, cuba dapatkan tikar getah sebab lantai yang agak kurang elok. Wlupun tidak berkempen, murid2 semakin bertambah, membolehkan 3 kelas, dijadikan pula kelas ketiga, tempat duduk guru hanya menumpang  di hujung kelas sahaja, Alhamdulillah kami dpt mengajar dan murid belajar dengan agak selesa berbanding dengan 2010 yg lalu. Insya ............saya akan sambung lagi celoteh saya, dah nak waktu subuh dan utk bersiap ke sekolah........

No comments:

Post a Comment