Wednesday, 28 March 2012

Siri Kisah Benar

Sementara suami  Nor, memberitahu ibunya, perut Nor terasa sakit, memulas2. Bila suami Nor pulang, diikuti dengan ibu mertuanya yang memang ambil berat tentang anak menantunya, Nor mengadu sakit perut yang amat sangat. Suami Nor mengangkat nor ke tandas, rupa2nya Nor sakit perut ceret beret yang tak pernah Nor rasai selama ini. Cairan2 yang terlalu banyak keluar, membuatkan Nor lemah, suami tersayang memangku Nor ke atas katil, Nor kelihatan terlalu lemah , bibir nor terlalu pucat, lesu, Nor tidak larat untuk mencelikkan matanya, hanya sayup2 kedengaran suara ibu mertuanya, suami dan rakan yang datang menjengah......memanggil nama Nor.....

Berulangkali Nor sakit perut memulas2, keadaan kesihatan Nor mencemaskan.  Pada sebelah malamnya, selepas waktu isya', suami Nor memanggil abangnya di masjid yang berhampiran untuk mengangkat Nor ke kereta untuk mendapatkan  pemmeriksaan lanjut.....di hospital yang berdekatan. Si comel ditimggalkan  pada nenek yang sedia untuk memeliharanya, sementara ibunya mendapat rawatan.

Saturday, 24 March 2012

Siri Kisah Benar

Nor berasa hairan, biasanya, selepas bersalin, Nor boleh membantu jiran2 sebelah katil, atau  penghuni ward itu dgn membancuhkan susu baby, bg ibu2 yg baru keluar dari labour  room, tapi Nor sentiasa pening, dfan tak larat untuk bangun apatahlagi nak membantu orang lain.

Jururawat pun tidak menjengah dan bertanya kaba....nasibla emak Nor ada  pada  masa itu, tapi apalah yang dapat dibuatnya, dia pun dah agak uzur.....Pada sebelah petangnya, suami Nor datang dengan dua orang  anak . Bukannya dia tak mau nak datang selalu, keana memandangkan penjagaan  dan urusan di rumah, ituila pun Nor bersyukur, ibu mertuanya  sentiasa membantu...

Setelah dibuat pemeriksaan, anak dan ibu, dikataka sihat, walaupun Nor mengadu  sentiasa rasa pening, ia dibekalkan juga panadol, Nor dan anak dibenarkan pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah,  Nor berasa badannya semakin llemmah, pening  dikepalanya tidak berkurangan......hampir seminggu Nor menahan rasa pening...., bbadan Nor semaki lemah...Perubahan ketara , pada diri Nor, bila nak mengaangkat anak  kecilnya untuk disusui, Nor tak boleh bangun, Nor cuba merangkak untuk mendapatkan anaknya,

Suami Nor sudah mula menjalankan tugas2nya di pejabat setelah mendapat cuti isteri bersalin. Bila suaminya balik, Nor minta anak kecilnya  itu untuk disusui, suaminya hairan kenapa di jarak yang tidak  berapa jauh,  Nor tidak mengangkat si kecil yang comel itu...Suaminya prasangka terhadap Nor, merasakan Nor sengaja bergurau, Bila Nor cuba nak bangun, kaki Nor lemah, Nor rebah serta merta,  suami Nor terkeju bila melihat keadaan Nor sedemikian....rupa - rupanya Nor seolah - olah lumpuh separuh badan...Suami Nor bergegas memberitahu ibunya tentang diri Nor.

Thursday, 15 March 2012

Kisah benar 4

Kali ini, Nor mengandung agak kerap. Anak kedua baru menjangkau 1 tahun 3 bulan, Nor, mengandung lagi....
Mengandung kali nin, Nor merasakan lain daripada anak anak yang sebelumnya. Nor teringin nak memakan buah pulasan. Jenuh mencari, Biras nor hanya dapat pulasan yang masih muda,....Nor bersyukur...akhirya  dapat pulasan di seberang Perak, Kebetulan jiran yang mendapat Tanah rancangan bekas Perajurit , mempunyai buah pilasan yang sedang masak ranum, Nor makan pulasa itu dengan sepuas2nya.
Nor teringin pula nak makan  minyak ketiau. Sebelum ini, Nor pernah dan selalu makan minyak ketiau dengan nasi...sedap  dan lazat....disamping mempunyai kelebihannya tertentu.Malangnya bila Nor mengidamkan minyak ketiau, pada ketika itu, paya2 tempat tumbunya buah2 ketiau semakin kurang. ini adalah kerana kesan2 pembangunan.....
Nor mengadu pada abangnya untuk mencari minyak ketiau....melecor2 air liornya ....Rezeki Nor, minyak ketiau hanya dapat di Pulau Tiga......harganya mahal....RM16 hanya sebotol air badak sahaja, bagi Nor, harga tak kira asalkan dapat yang dihajat... Nor makan minyak ketiau dengan nasi panas2, memang sedap.....
seperti anak kedua kawan Nor menyarankan memakan OBIMIN...untuk kesihata ibu lebih lagi untuk anak dalam kandungan...Anak pertama  Nor bersalin secara "VACUUM' sbb dah agak hampir lemas, Nor menangis kerna anak orang lain menangis ketika lahir, tetapi anaknya tidak....tapi alhamdulillah...selamat. Anak kedua lahir secara biasa, tapi Nor rasa satu kepuasan sbb terasa munculya....
kali ini Nor terasa sakit untuk bersalin, tetapi tidak menyedari kelahirannya  dan tidak perlu dijahit dan sebagainya. bila Nor bertanya kepada  bidan, "(Nak jahit apa, baby dah keluar,") katanya sambil tersenyum
Nyaris2 Nor tidak melahirkan anak pada tahun lompat, nasib baik melepasi sejam dua puluh minit, pada 29 march, kalu tidak anaknya akan menyambut hari jadinya empat tahun sekali...
Jururawat menyuntik Nor pada 1.20 pagi di hospital yang berdekatan selepas bersalin. Nor rasa pening, tapi jururawat tidak kelihatan, selepas dihantar kewad, mungkin jururawat keletihan kerna pada sebelah siangnya mereka mengadakan hari keluarga......Kepala Nor terasa pening, sehinggalah bila dibenarkan pulang.

Kisah Benar 3

Nor, mengandung lagi setelah umur anak pertama  3 tahun, tp pernah mengalami keguguran kerna sensitif  dgn sesuatu makanan. apabila merasaka perubahan hormon, rasa loya2, Nor terus buat kad mengandung dkat klinik berhampiran. Jururawat bertanya samada dah buat pengesahan mengandung, Nor senyum saja, bg Nor dia merasakan dirinya mengandung dan terasa sedikit alahan. Nor pergi menemui mak bidan kampung, bila dirasanya perut Nor, Mak Bidan mepembantu Jururawanyatakan Nor tak mengandung, dmana dia tak merasa apa2 ketulan walau sebesar telur ayam, Nor pulang, dan dia yakin benar2 mengandung.
kandungannya semakin membesar dan mula bergerak2. Nor mengidamkan buah kedondong atau buah amrah, Seorang  pembantu Jururawat, tolong mencarikan buah tersebut, kerna bukan musim berbuahnya ....
Nor, bersyukur kerna dpt buah yang di idam2kan,dan berjanji akan memulangkan ( mengaku anak angkat)  Nor menjanjikan jika anak ini perempuan akan diberikan (dipulangkan sebagai anak angkat).Kebetulan pula kak Sal hanya mempunyai dua orang anak lelaki..
.Setiap kali mengandung, Nor berkenan kepada oarang2 yang hidupnya Islamic. kak Sal memang baik, lemah lembut dan berilimu agama orangnya. Itulah harapan Nor agar anaknya yang akan bakal lahir nanti akan menjadi seorang yang baik, dan menjadi anak yang solleh...
Apa yang nak Nor kongsikan di sini ialah bukan semua teori doktor itu benar, (pada peringkat awal mengandung doktor menyatakan Nor tidak mengandung walaupun dgn menggunakan UPT ( Uren Pregnant Test) selalunya tepat, tetapi sebaliknya...
Selepas bersalin, Nor membawa anaknya berjumpa doktor Jamal yang memeriksanya dulu....kata  Nor, " doktor!, inila   baby yg doktor katakan saya tidak mengandung dulu...1" Doktor terseyum, sambil menyatakan  "1 dlm 1000"  katanya......

Wednesday, 14 March 2012

Kisah benar 2

satu lagi ragam Nor, suka kepada orang orang yang berilmu (alim) kata orang kampung. Nor berhasrat supaya anaknya akan menjadi orang baik2 , anak solleh disamping Nor juga rajin solat lima waktu dan mengaji al Qur'an (bertadarus).
Nor suka kepada seorang lelaki yang lemah lembut, iaitu abag saudaranya, sukakan tingkahlakunya, sewaktu aruah ibu meninggal , dia mengaji.....membuatkan hati Nor tertarik untuk memulangkannya atau  mengakukan anak yang bakal dilahirkan menjadi anak angkatnya, Diceritakan kepada bapa Nor, bapa Nor faham dan anak Nor dipulangkan kepadanya dan keluarga....... disamping mengeratkan tali sillaturrahim hingga keharai ini, sekali sekali bertanya kabar walaupun berjajuhan iaitu di Johor Baharu...

Kisah Benar

Seorang ibu bernama, Nor. menceritakan pengalamannya semasa mengandungkan ke empat2 orang anaknya,dari mula mengandung hinggalah ia melahirkan.....Anak pertama, tidaklah bnyak masalah seperti orang lain jugalah....berkebetulan pula pada ketika itu,  Nor masih berkursus  KDC  di IPSI, Tg malim, Perak. Semasa kuliah, pensyarah2 banyaklah  berkongsi  pengalaman, disamping  ilmu2 Pedagogi, Ustad2 Pensyarah juga sering mengingatkan bagi bakal2 ibu, atau ibu2 hendaklah sentiasa menjaga keribadian.....mulia, lemah lembut, rajin, pendekata mempraktikkan nilai - nilai murni dalam kehidupan.
Apa yang anihnya, semasa mengandung, Nor , pada peringkat awalnya Nor tidak tahu, ia mengandung, tapi bila dia terlalu inginkan nangka goreng yang sedang dimakan oleh anak saudara suaminya, malangnya mereka hendak pergi ke rumah mak , cuaca kurang baik, hanya bermotosikal sahaja pada ketika itu.
Sebelah malamnya, Nor tak lena tidur sebab teringatkan  goreng nangka yang belum pernah didengar apatah lagi, memakannya.....esuknya, bila nak pergi bertugas, masalah yang dihadapi, Nor terasa nak buang air kecil berulangkali, terpaksalah singgah 3 buah rumah walaupun tidak dikenali..
Di Maktab, kawan2 selalu bercerita fasal ragam orang mengandung, macam2 kerenah yang diceritakan, nak makan itu, nak makan ini, Nor mengharap janghanlah dia termasuk dalam golongan ini, nanti menyusahkan banyak pihak, fikir Nor.  Malngnya bila terdengar cerita orang yang mengidam Sang Kancil, Nor tersentak, apatahlagi kawan2 menyatakan sang kancil binatang cerdik, nanti anak akan cerdik macam kancil.
Nor cuba menepis2,supaya tidak teringin  sang kancil kerna sukar untuk dicari. Pada ketika itu, Nor dah mengandung 4 bulan, disim[pan keinginannya hingga kandungan berusia 6 bulan, mahu tak mahu Nor terpaksa menyuarakan keinginannya pada suami tersayang.
suami Nor menceritkan kepad bapa nor, apalagi, operasi memburu kancil dimulakan, kebetulan pula abang nor memang suka memburu, masuk hutan menembak ayam hutan burung punai dll.Alhamduliilah....dapatlah seekor kancil, dibuat rendang pedas dapat sekuali besar, puas hati Nor dapat apa yang diidam - idamkan.

Senam robik 4dlm satu

Slm. Baru2 ni, saya cuba join kump. senamrobik rang muda..sblum tu servey dulu, kut rancak sngt x larat dah umur cam skrg ni....kaki pernah cedere, bahu sakit, tapak kaki pun sakit....kate deme x pe ikut mane yg mampu, tp malu gak...janji berpeluh kut badan boleh sihat, fit,...disamping tu dpt eratkan sillaturrahi antara jiran2 wanita, dpt info yg baik2, dpt iarah jiran blik umrah, dpt minum air am2, makan kurma nabi, kcg cerdik, yg seronoknye dpt tasbih meghelit...lg, alhamdulilllah.....
Smln pergi rumah kwn yg baru blik operation payu dara, kesian.....sblh ptgnye g ke Hospital Manjong, jiran , rakan sejawat, sdare lg, masuk CCU, same2le kita berdoa' agar Ustazah Siti Aisyah sihat sejahtera, kepada suami dan anak2nye bersabarlah dgn ujian Illahi....
Satu lg smlm dpt info resepi sos cau ketiew....maghrib td try buat alhamdulilll\ah...sedap dan jimat ...esuk nak buat lagi .....

Saturday, 10 March 2012

Mesyuan.arat Permuafakatan

Hari Jumaaat, 9.3.2012, ibubapa bg anak2 istimewa, meeting kat PKG, Bota oleh .Bilik mesy selesa, berhawa dingin, maklumat dpt  disampaikan dng baik, GB dijempt har, dipengerusika oleh En Nor asri b. Raoh. Buat julung2 kalinya PKG didatangi oleh ibu bapa, PPKI SK BKN x bangunan sdiri, kelas sempit, murid semakin ramai dgn ragamnya yg tersendiri, Saya mohon kpd  penyelaras PKG, utk meeting di situ  Alhamdulillah.....dgn mudah dpt kelulusan....bg ibubapa pula itulah pertama kali, menjeng,h masuk ke PKG. Anak istimewa, ibu ba istmewalah juga,  cikgu2nya .tumpang istimewa juga..he..he.....tumpang Semuanya ini untuk kebaikan PPKI.

Wednesday, 22 February 2012

Kisah Benar

slim. Beberapa tahun yang lalu, seorang guru perempuan yang baru menjangkau usianya pada ketika itu, 42 tahun, dgn rela paksa,  he, he main bola baling  sepena Hari Guru Peringkat Sekolah. Cikgu tersebut, tidak membawa pakaian utk bermain....Atas sedikit desakkan  rakan2 guru muda yang nak mencukupkan  geng, pulang ke rumah, yang tak berapa jauh dari sekolah. Cikgu tersebut bermainla......nombor 1nya, hanya untuk menjadikan  permainan (bg kerjasama/ sote) kata ogahng tua2. Sedang rancak bermain, bola dah dilontar atau dibaling, top2 , terasa kakinya macam sedikit longgar, dan semakin lemah utk meneruskan permainan, atas simpati rakan2  cikgu td keluar dari bermain dan baru terasa kakinya agak sakit....
Bila tiba waktu nak solat, rupanya2  tak boleh solat berdiri, terpaksalah sembahyang  orang dalam keuzuran....
Pi klinik,  doktor bg MC, kaki semakin bengkak dan berjalan agak rengkat2 sikit, mengenangkan esoknya ada pertandingan berzanji, di SK Pdg Chgkat, cikgu td, tak mau MC, murid yg dilatihnya akan bertanding, bertongkatkan payung, cikgu td terus membimbing muridnya, Hasilnya murid2nya lelaki dan perempuan hanya dpt nombor 3 sahaja takpela.....usha lg......
Tujuh bulan, cikgu td solat duduk, .....
Ceritanya pd suatu hari, semua ubat dah habis, kaki semakin sakit dan membengkak, sprullina pun dah habis, jam dah lebih pukul 3 ptg, belum solat zohor, beratnya terasa untuk melangkah. Dengan menyusur dinding pelan2, dicapainya di kabinet dapur, bekas yang berisi garam halus yang dibeli utk amal Jariah Al Hafiz Sg Petani, Kedah. Dah lam tak makan atau mencakupnya sebab jauh dari tempat makan, sedikit terlepas pandang.......Terasa keyakinan yang amat sangat, dan terlalu mengharapkan kasih sayang
Allah  yang mengizinkan dan  menghendaki  sesuatu  pasti akan jadi ....Dengan membaca  Bismillah dan berselawat serta berdoa', Ya Allah ya Tuhanku!, Berikanlah kekuatan padaku, sembuhkanlah penderitaanku, aku ingin mendirikan solat.......menunaikan perintahMu  Aku tahu, hanya padaMu sahajalah tempatku meminta pertolongan.......Dia mencakup garam halus yang dibekalkan sudu kecil......(sepatutnya, lebih baik, minum bersama sedikit air....)  Tiba - tiba..........
Tiba - tiba dia terasa kakinya ringan untu melangkah dan boleh berjalan seperti biasa....Cikgu tadi, berwudhu' dan terus solat, bukan sahaja  boleh mendirikan solat duduk, tetapi dengan izin Allah di terus boleh sembahyang berdiri seperti sebelum keuzuran ....menyedari hikmah mencakup garam sebelum makan......sunnah Nabi........Cikgu bersyukur pada Illahi , dgn melakukan sujud syukur.......mengalirkan air mata sebak dengan keajaiban Allah .........
Pengajaran yang dapat diperolehi daripada cerita itu tadi  ialah yakin dengan pertolongan Allah......

Redha dgn takdir Illahi

Slm, Hari ini saya baru dpt tau anak rakan guru kami  menerima musibah....skrg ni ada kat  bahagian Rawatan rapi Hospital Besar Ipoh., Pukul 10. 00 pg td kami rakan2 guru bersama GB, berdoa dgn membaca surah Yassin mohon Allah sembuhkan anak kedua cikgu Masturawati, yang berumur lebihkurang 6-7 bulan yang terjatuh dari ribaan pengasuhnya, iaitu ibu saudaranya juga. Dah nak malang, anak2 yg agak lasak melonjak - lonjak ditakdirkan  agak sensitif bahagian kepalanya, mungkin sedikit  retak, kata doktor. Alhamdulillah....semasa kami melawat tadi anak itu memang aktif bergerak2, tp agak sedikit slow sebelah kirinya. Mukanya kelihatan merah, bercahaya menunjukkan ia akan sembuh , dgn izin Allah. Doktor rehatkan,(tidurkan)  pabila  keadaan dah stabil barulah doktor melakukan sesuatu utk kebaikan kesihata anak itu. saya mengharapkan  kita semua mendoa'kan kesejahteraan anak cikgu masturawati......tq.

Saturday, 18 February 2012

Kumpulan Mrhaban

slm. Jiran wanita meneruskan program dan aktivitinya. Hari ini, 5.30 ptg kelas marhaban bermula di pimpin oleh Cikgu Maimunah, seorang guru di SK Cikgu Meor .....Padang Tenggala. Rentak dan Iramanya agak berlaian  dengan  yang  pernah saya belajar. agak payah juga saya nak menguasainye. Jenuh jugele kami mengulang2 ikut baris....Bila balik ke rumah suami saya marhaban yang spt saya dulu juge, jenuh saya nak menginatkan rentak terkini  .......nak cuba jaya , klu 2 minggu sekali belajo, entahle, klu kerap sikit, 2 atau 3 kali seminggu mungkin boleh.......Jom kite ghamae2 marhaban, ada zikir munajat, ade nasyid.....supaya tak rasa tertekan sangat dgn beban kerja2 di sekolah......pendekata campur orang , kata oghang Bote, kite sote......

Gambar bergotong royong PPKI










Gotong royong PPKI SK Bota Kanan.

Slm. Sudah agak lama saya tak menulis, bukan tak ada yang nak di ceritakan, banyak , tp kekangan masa membuatkan mmasa utk menulis agak terhad. 1M1S, KOKU, mesyuarat AJK PIBG, le membawa kapada  keletihan , selepas Isya' mata pun dah x boleh tahan. Smlm g Kolej Profesional MARA ada motivasi  pembersi Jiwa, ikut jiran disamping menemaninya sbb waktu mlm, habis 11.00 mlm 0leh Dr .....sorry x tau,  rasa termotivasi jugalah......antaranya jgn minum air mineral yang bertutup biru, membaca tandatangan seseorang.....bnyk lagila......khas untuk Pensyarah dan staff KPM je.....saya sorang je tumpang......
Oh ye!sekejap  ari ni kami bergotong royong bersama ibu - ibu anak2 istimewa PPKI Bote.  ....rehat  sekejap Azan Isya' ye belaja2 sembahyang on time......jgn melewat2kan sembahyang, terdpt  siksaan di dunia, siksaan dalam  kubur.....di akhirat... kata Tok2 Guru....Nauzubillahimanza....lik
Okey kite sambung balik, siksa di dunia antaranya ialam disempitkan rezeki, tidak mendapat keberkata umur, sewaktu nak mati.....klu silap tolong perbetulkan saya hamba Allah yang serba kekurangan ilmu,.....
Syukur, Alhamdulillah....gotong royong hari ini menyeronokkan, kerana tempat rehat dan  taman bunga semakin menampakkan keceriaannya, semoga dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid terutamanya dalam P&P . Penat bekerja tak terasa sebab, ari ni Pekan sabtu kat Bote Kanan, saya sarankan bawak makanan alla Qadar, sikit sorang...apallagi.....pebagai jenis kuih  dapat dirasa, ada lemang, lepat ubi lopeh sagu, apam warna warni, apam balik....Cikgu Fazilah bwk bihun, sedap bihunnye, saya dadih je, berperisa vanilla.....sedap bg yang suka.....Di sinilah  menampakkan , apa yang penting? .....Kerjasama....Anak 2 juga sibuk membantu ada yang menyangkul tanah, mengisi tanah, menanam  pokok  bunga , menyiram pokok dll. Penat lelah ibu bapa, guru2 mendidik anak2 ini, terserlah...anak2 boleh membantu tanpa  disuruh2, contohnya mengangkat dan mengubah pasu pasu  bunga, menyimpan semula alat - alatan membuang sampah2 ke dlm tong sampah, pendekata objektif  kami guru2 tercapai terutamanya dlm Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan Dalam subjek Pengurusan Tingkahlaku.    Alhamdulillah....bagi yang bermurah hati menghadiahkan  sekaki payung  besar, untuk satu set meja (Pengerusi  Persatuan Permuafakatan PPKI SK Bota Kanan) PIBG SK Bota Kanan,  sekaki  payung untuk tempat  berehat, saya mewakili PPKI mengucapkan jutaan terima kasih, semoga murah rezeki.

Tuesday, 14 February 2012

KISMIS

Dari kisah benar inilah , saya merasakan anak2 istimewa ini, sepatutnya diberi apa yang  boleh mencerdaskan minda mereka. Jadi, pada pendapat saya, eloklah mereka diberi makan kismis. (anggur kering) Bilangan kismis yang diberi, mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w., iaitu bilangan yang ganjil, samada 3, 5, 7, atau 9  biji. Majoriti peminat kismis  90% hanya segelintir murid yang dari berbagai kategori sahaja yang tidak mahu mengambil kismis. Kebanyakkannya, ada yanng hendak segenggam sekali makan. Fasal kismis ni pun  berbagai ragam dan perangai  boleh diceritakan. ada yang sentiasa menadah, sebab berkenan dan ada yang menyorokkan tangann mereka ......

Ibu !, kismis, kadangkala terlepas pandang untuk memberi mereka kismis, baru tersentak kami, untuk mengambil bekasnya dan membilang  sebanyak 7 biji seorang, yang dah pandai membilang, mereka sendiri yang bilang dan memberikan kepada kawannya.

kadang2 ada yang menyebut, ibu! sekemis, macamana sekalipun adalah menyebut benda yang sama. sekurang2nya kita jadikan amalan, kita hanya berusaha,  merancang dan memohon Allah yang mengurniakannya.

Dng izin Allah pada suatu hari, Allah melaksanakan (Kun.. fayakun....) jadi, jadilah......lebih kurang maksud  ayat. Buat masa sekarang ni, sedikit sebanyak, ada perubahan terhadap kecerdasan minda mereka. Untuk pengetahuan umum rata2 , anak - anak istimewa yang bermasalah pembelajaran, adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kurang daya ingatan dalam mengingat sesuatu yang diajar. .

Monday, 13 February 2012

Malunya saya (Ini hanya kisah benar)

Beberapa tahun yang lalu, saya mengajar di PPKI SK Titi Gantong, saya ditugaskan oleh Penyelaras saya  untuk menyediakan hamper utk suatu majlis, Nak murah beliau menyarankan pergi  Kedai Borong Ayer Tawar yang bukan bumiputera, untuk mendapatkan harga yang berpatutan, saya meraih simpati tokehnya (perempuan) dgn menyatakan semuanya ini untuk diagihkan kpd program2 PPKI Daerah. Rupa2nye dia juga seorang guru, yg faham dgn PPKI, Ape dia kata......Inila....yg saya tak lalu nak denga...... harga sekarang ni pun dah murah, okey saya kurangkan lagi dan  saya bg lg hadiah berupa gula - gula...dan sedikit yg lain.....
Satu yang menjadi kejutan kepada  saya, apa yg dia kata......." Kalau tak kita siapa lagi ya cikgu yang nak bela nasib budak2 ni.....kita la......dgn fasihnya dia berbahasa Melayu. Saya tersentak! dan menjadikan satu ingatan dan panduan  bg diri  saya, semoga Allah jadikan saya seorang guru yang peka dan perihatin terhadap mereka.

 Cikgu  chineese tersebut, mohon diri untuk ke belakang dengan menuding jarinya arah ke sana dan meninggalkan suaminya terus berniaga ktanya dia ada satu lg tanggungjawab. saya terus mengekorinya sementara suaminya  packing barang yang saya beli tadi.

Sekali lagi saya terkejut, rupa2nya dia buat kelas tution , saya tanya cikgu tu lagi  Ini kelas ape? Jawab cikgu tu......mereka akan  UPSR katanye, saya sekali lg terkejut ! bila melihatkan murid2nya masih kecil, Umurnya lingkungan, 9,10 tahun sahaja tetapi menyatakan mereka akan pereksa walaupun agak 2,3 tahun lagi utk UPSR.....dari situ saya jadikan panduan jgn bertindak last - last minit, bertindaklah dari sekarang....kalau inginkan kecemerlangan..... dari hari itu saya jadikan sedikit amalan anak - anak istimewa  juga semestinya  dididik dari sekarang daiantaranya dengan memakan kismis....(anggur kering) Insya Allah   saya akan sambung lagi cerita saya ye!........dah masuk waktu maghrib........

Friday, 10 February 2012

Majlis bacaan yassin dan al Ma'thurat'

AJK Jiran Wanita RPT Desa SEri Bayu, mengumpulkan skuard nya sbg mengeratkan sillaturrahim dan sbg aktiviti pertama utk thn ini selepas mesyuarat AJK pd minggu lepas Skuard tersebut boleh dijemput mengikut kadar jemputan dan keperluan . Keputusan mesy menyatakan jika majlis ini diadakan, sesiapa sahaja boleh datang dan digalakkan mewar- warkan agar lebih meriah dan semoga diberkati. Bersempena dengan  slogannya JIran Sepakat, Membawa Berkat.

Seronoknya mendidik anak2 istimmewa.

hari ini saya mengajar anak2  ini doa' belajar dan doa' hendak makan secara formal, biasanya mereka mendengar dan ikut2 saja murid2 lain. Kelas ini, kelas yg dikategorikan utk kelas paling bawah dan dari pelbagai ragam dan tahap. Bila saya perdengarkan bacaan doa'  saya minta seorang murid berdoa' rupa2nya Syahir boleh membaca lancar, dan saya minta Ikhwan pula, walaupun  dia tidak boleh berkata dgn jelas, (sengau, atau suara dalam) tapi saya dengar dan tahu Ikhwan boleh membaca doa' tersebut.
Saya minta seorang murid HYPER, namanya Fareez, sekarang nia dia boleh duduk lama di bangkunya, menadah tangan, mengikut bacaan doa' saya (dengan caranya sendiri) dan mengaminkan doa' Hati saya begitu terhibur dan berasa puas, camne ade setengah pihak menyatakan budak2 seperti ini tak perlu diajar, takkan bolehnya....saya teringat pada thn 2000 sewaktu berkursus dmpik, Cheras, En Aziz jantan yang sekaang ni dah DR, dia berkata, klu tak kita mendidik mereka, siapa lagi.....Katanya lagi mereka yang merempat di jalanan, distesen2 bas seolah ollah orang kuranng siuman(gila) sebelumnya adalah kerana mereka tidak mendapat perhatian ibubapa, keluarga dan masyarakat. dari kata2 spt inilah terletaknya satu keinsafan dan ingin saya mempejuangkan hidup masa deppan mereka

Skuard Al Ma' surat dan surah Yassin

Skuard Al Ma' surat dan surah Yassin

Wednesday, 8 February 2012

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Hari ini saya ingin menceritakan apa yang  tersirat dan tersurat  dalam diri  saya. Saya mengajar dlm PPKI sejak 1999 lagi. dari situlah saya sangat terikat dengan PPKI. Sikit2  PPKI. Macam orang Bisness klu dlm zhulian, herbal life, Amway, contohnya, kemana2 dlm meeting selalu disebut dan diingat dalam kepala, barulah bisness boleh maju. Begitulah dengan saya, rasanya  1/3 dlm kehidupan, adalah dgn PPKI. Saya sentiasa memikirkan camne nak majukan, nak cemerlangkan PPKI tempat saya mengajar khasnya.
Memandangkan PPKI SK Bota Kanan, serba kekurangan, tiada bangunan sendiri, hanya menumpang bangunan usang, itulah yang saya nak cuba majukan. Murid semakin bertambah, maklumlah SK  Bota Kanan, strateji, center, dengan kg yg berdekatan. Walaupun saya bukan GB, bukan juga PK, hanya  penyelaras yang tak berbeza dgn guru2 lain, tp saya sentiasa memikirkan camne nak dapatkan keselesaan bg murid dan guru2 PPKI.

Dari satu Kelas dipecah menjadi 2 kelas, di situlah tempat duduk guru, nak letak beg, komputer, meja guru, saya cuba mendapatkan stor PJ yang bersebelahan, Alatan PJ, banyak, dptkan kerjasama Guru Panatia PJ, EN Rodzi bin Osman, alhamdulillah dpt 1/3 dari bahagian setor PJ setelah di susun elok2. Barulah dpt lega sikit, bolehlah dijadikan  tempat operasi guru, cuba dapatkan tikar getah sebab lantai yang agak kurang elok. Wlupun tidak berkempen, murid2 semakin bertambah, membolehkan 3 kelas, dijadikan pula kelas ketiga, tempat duduk guru hanya menumpang  di hujung kelas sahaja, Alhamdulillah kami dpt mengajar dan murid belajar dengan agak selesa berbanding dengan 2010 yg lalu. Insya ............saya akan sambung lagi celoteh saya, dah nak waktu subuh dan utk bersiap ke sekolah........

Monday, 6 February 2012

Kerinduan

Hari ini,smlm, saya memang ternanti2kan anak yang jauh belajar di perantauan, online, tp x kunjungb tiba, saya buat andaian, mungkin dia sibuk belajar, atau apae2 je yg baik2, wlupun agak baru berbual dengannya tp rindu seorang ibu, bila  teringat , terasa sebak di dada tanpa disedari air mata bercucuran. Sentiasa menhhitungbhari bbila bertemun wajjah dengannya. Terasa suatu penantian.....yg x kujungn x tau nak cakaaaap.....hanya doa' sentiasa kuiringkan dalamslatku, sentiasa mendoa'kan kbahgiaannya dan kecemerlangan dalam pelajarannya.......

Seronok dgn perkembangan anak didik pendidikan Khas

Dua, tiga minggu yg lalu, dua org murid baru, didaftarkan. pd mulanya saya lihat2, tegur2 dri jauh je....memandangkan tugas penyelaas di awal thn agak sibuk...seorang terbaring je.., memunggah, menyepah nyepahkan mainan puzzle, mengacau ke klas lain,..bawa botol susu, nenen susu, dibantu oleh PPM, suap makanan yg dibekalkan oleh ibunya.....(AL Hafiz), seorang lagi, berbaring2, {namanya Fareez) Dua2 suka jaga pntu campakkan kayu pembaris keluar, selipar pakai dalam kelas, sya hanya perhatikan saja dab hanya memanggil....hafiz.....!Fareez...
..Hari Isnin lepas saya pegang tangan Al hafiz untuk mengikut jejak kawan2 untuk ke perhimpunan, bersama murid di aliran PERDANA.  Mula2 dia mengeras x mau, bila pujuk dia dengan menyatakan Kak Nadia ada sama,(PPM), Hafiz ikut je.....bila sampai di perhimpunan, Hafiz x mau diam,  saya angkat dia, dudukkan, akhirnya di diletakkan bersama PPM.... barula dia beransur coool. X lama kemudian sampaiffareez bersama emaknya.....saya memegang Fareez, dudukkan bersama murid lain, tp dia nak duduk atas bangku....ikkutkan saja ragamnya.
 Bila masuk kelas, saya cuba suapkan apa makanan yg dibawa, cucur kodok, suapkan ke mulutnya, bg dia suap sendiri, ini sebbagai langkah mendekatinya, dan menjinakkannya.  masaku mengajar saya cuba dudukkan Fareez bersama kawannya  bg pensel, lembaran kerja , latih dia mewarna, dia boleh mewarna, saya cuba untuk menyambung titik putus2, rupa2nya boleh pun....seroknya saya, sejak ari itu sya cuba merapat dan tekle fareez supaya dia boleh belajar....sekarang ni Fareez agak manja dan saya cuba tekle dia supaya boleh urus diri dan boleh belajar....Ibu Fareez juga seorang yang memahami dan prihatin terhadap anaknya......

Spt murid2 lain saya bahasakan diri saya, ibu...., tp Fareez memanggilsaya Mama......itulah kelai nan Hafiz....

Awalkan birthday anak

Birthday anak saya, sepatutnya pd 9Febuari....tp bila iparduai, mintak dipercepatkan, ikutkan sajalah...sbb kita nak ramai anak beranak yg dtg, eratkan sillaturrahim...Alhamdulillah...majlis berjalan lancar dgn ala kadar saja....
Majlis berlangsung lebihkurang pukul 6 ptg.

Sunday, 29 January 2012

Ibu Mertuaku

Slm. Tiga hari  lepas saya dan keluarga  menjemput ibu mertuaku untuk duduk di rumah kami, yang kebetulan pula,dua orang  anak saya sedang bercuti. Bagi saya inilah masanya utk anak dan cucu  mengingati jasa jasanya menjaga, mengasuh mereka dulu. Nak hantar kepada orang, emak tak setuju sebab emak boleh jaga katanya, lagipun tak ada apa yang hendak dibuat  di rumah katanya. kalau jaga cucu sekurang2nya ada juga menghayun buaian, exercercise juga tu.....saya suka menceritakan kepada anak- anak betapa susah payah opahnya menjaga mereka, sepatutyalah mereka pula menjaga opah yang dah umurnya 90 tahun kalau taksilap. saya suka mengingatkan kisah- kisah silam, supaya anak2 sentiasa menyayangi opah......kalau nak balik ke kempus  kalau tak ada urusan lain yang tak dapat dielakkan saya suka mengingatkan mereka agar pergi  menjenguk opahnya tak kira di mana dia berada, samada di rumah anaknya di Ipoh, sri Iskandar, atau lain2.
Terasa insaf, bila mengenangkan emak seorang yang kuat ingatan masa saya baru berumahtangga dan duduk serumah dengannya. emak seorang yang rajin dan memang  mengharapkan anak dan cucunya sentiasa berada di sisinya. untung juga bermenantukan orang di sekitar daerah ini juga, Ldenagr kabarnye atas ambor Kiri, lambor kanan, Kg. Kuchai., Bota Kanan. yang  jauh sikitnye orang KK dan Ipoh. dengar kabanya itu atas permintaan bonda sendiri, anak2 pun pun akur dengan permintaannya...anak emak.....
Kesia dengan keadaan emak sekarang. Ingatan nya dah jauh sagat berbeza dengan dulu- dulu. Kadang-kadang dia flash back yang dulu2, dia merasakan anak cucunya masih kecik2 lagi dan sentiasa  risau kut anak cucunya dicolek , dilarikan orang dan sebagainya. . Saya disampig mengingatkan anak2, mmengingatkan diri sendiri juga. membayangkan macamaa jika Allah panjangkan umur kita sepertinya.
Emak alhamdulillah.....walupun dah lupa2, tapi solatnya sentiasa dijaganya, selalu bertanyakan  dah masuk waktu ke belum. bukan macam kita yang muda 2 ni, sengaja melambat2kan waktu kerna urusan dunia yang terlalu sibuk sekarang. Emak merasakan masanya banyak terluang, hingga merasakan sekian lamanya menunggu masuknya waktu zohor, asar, hinggakan kadang2 belum masuk waktu lagi dia dah sembahyang kerana terlalu merisaukan dan ambil berat tentang solatnya.
saya juga merasakan ibu meruaku itu seperti ibu sendiri. dalam hukum agama pun menyatakan dosa pahalanya seperti ibu bapa kandung, apatah lagi ibu bapaku dah lama pergi ........ semoga ro mereka sentiasa dicucuri rahmat......    
di ruag yang sempit ini, saya mengajak anak2, suami dan siapa - siapa odeon yang terbaca supaya mengambil berat tentang sakit demamnya, bertanya kabar, menjengahnya dan menjadualkan masa untuk menziarahi  emak. mmasih ada emak buatlah kebajkan seberapa yang boleh nak membalasnya mungkin tak mampu, buatlah seberapa daya. Kepada  kawan2 marilah kita cuba mendekatkan diri kita dengan ibu mertua......kalau panjang umur, kita juga akan menjadi ibu mertua he...he......Insya Allah ....

Friday, 20 January 2012

Lega tak ambil cuti sakit....

Slm, kali ini saya nak  kongsikan betapa seronoknya tak jadi cuti sakit. Minggu lepas, temujanji ambil darah, semalam, janji temu  jumpa doktor,  staff nurse kesian tengok saya yang tak berapa larat, demam, selsema, dan batuk yang amat sangat , memecah kesunyian di klinik. Keputusan darah minggu lepas, kolesterol agak tinggi, memang ye kerana kesibukan , kesempatan utk exercise tu amat kurang, walaupun kurang menggoreng , apatahlagi jika keropok pun sudah habis. Doktor beri cuti, pada ketika tu, pul 10.30 pg, saya terus menuju ke rumah utk bercuti  dan cuba menalipon pejabat sekolah, tapi, bila sampai di pintu paga, hati saya terdetik untuk terus ke sekolah, nasi yang di beli, kerana semalaman saya disyaratkan berpuasa. saya makan kat kantin sekolah. Pada pukul 11.15, saya ke Pejabat Sekolah melaporkan kembalinya saya, dan seterusnya saya masuk kelas. Saya tersenyum sendiri, kerana telah berjaya daripada cuti sakit kerana ia amat merugikan saya  dan anak2 murid. anak saya  ada Tution pd hari itu, dan mesyuarat HEM dan KOKU pada pukul 2.15 petang , berakhir lebih kurang pukul 4.30ptg. Kalau saya  saya duk kat rumah tadi, telan ubat selsema dan ubat batuk...alamat  tidur sepanjang hari......saya dalam kerugian

Wednesday, 18 January 2012

Galakkan membaca

slm, Minggu ni, minggu bertugas diberi tajuk, galakkan m'baca, tajuk yg mboringkan murid2. Bnyak yg nak disampaikan, tp msa x izinkan. Nota bukan main lg smpai buka internet, buka kamus dewan, buka surah Iqra' kut boleh spai mesej, tp ada yg x tsbut, agak nerves juge....nak ingatkan bebudak zaman sekaghang bahan yg nak dibaca terlalu canggih, sampai xtrbaca, itule bandingan dulu dgn sekaghang, kemaghin nak mm'baca pun spaikan kertas2 belacan udang keghin, kertas pbungkus ais kepal pun kena baca sebelum abih basah bila ais cayo...tp, zaman ini nak nengok tv, main game, macam2 yg buat  kacau. itule....terasa rugi sangat kepade deme yg x nak mbaca,...jgn buang masa bio abih masa dgn mbaca......Saya nak ingatkan diri sendiri, suami dan anak2....